Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Am Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia

  • Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan
  • Unit Kewangan
  • Unit Keselamatan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi
  • PUSPANITA
  • Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)

Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan

  • Bertanggungjawab untuk menjaga dan memantau kerja-kerja kebersihan pejabat di dalam Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
  • Menyelenggara semua kemudahan pejabat, peralatan, perabot, mesin kenderaan, tempat letak kenderaan dan bilik mesyuarat.
  • Menyediakan kemudahan kenderaan, pemandu dan mengendalikan urusan yang berkaitan dengannya.
  • Menjadi urusetia kepada majlis-majlis rasmi Jabatan/Jawatankuasa 4P Hari Kebangsaan.
  • Menjadi urusetia kepada lawatan pelawat-pelawat luar negara yang bertaraf Menteri yang menjadi tetamu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Bertanggungjawab sebagai Jawatankuasa Hadiah bagi Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan Menghafaz Al-Quran.
  • Mengendalikan urusan surat menyurat dan sistem pengurusan fail.
  • Mengendalikan urusan pakaian seragam bagi Pemandu, Pembantu Am Rendah, Pekerja Rendah Awam dan Pengawal Keselamatan.
  • Mengendalikan dan menyelenggarakan urusan pemasangan telefon/fax.
  • Memproses permohonan keluar negeri secara persendirian.
  • Mengedar pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kepada Unit/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengawal perjalanan semua peringkat fail {Rahsia, Sulit, Terbuka} untuk tindakan pegawai/kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • Memproses borang-borang pencalonan bintang dan pingat persekutuan bagi pegawai dan kakitangan daripada Unit/ Jabatan/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Membangun, menyelenggara dan melaksanakan sistem ICT
  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan.
  • Mengelolakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial Jabatan Perdana Menteri.

Unit Kewangan

  • Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Mengurus (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
  • Mengemukakan dokumen pembayaran gaji bulanan pegawai dan kakitangan tepat pada tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara.
  • Memproses semua tuntutan bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa, permohonan pinjaman kenderaan, pembiayaan komputer dan kelab rekreasi & sukan, pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan elaun pakaian panas.
  • Mengeluarkan waran peruntukan, pesanan tempatan dan waran perjalanan serta menguruskan pindah peruntukan.
  • Mengawal Akaun Amanah/Deposit dan Hasil bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengurus segala teguran audit.
  • Menyelaras kehadiran Pegawai Jabatan Perdana Menteri semasa perbahasan Belanjawan di Parlimen
  • Semakan belanjawan majlis rasmi dan lawatan negara

Unit Pembangunan

  • Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Pembangunan (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
  • Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.
  • Menyelaras dan mengendalikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (National Infrastructure for Land Information System - NaLIS).
  • Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pemantauan Projek (PMS).
  • Mengurus dan menyelaras segala teguran audit.

Unit Keselamatan

  • Memberi khidmat nasihat mengenai kawalan Keselamatan Perlindungan kepada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Membuat naziran bagi menentukan bahawa kelemahan-kelemahan keselamatan serta syor-syor keselamatan dilaksanakan.
  • Membuat pemeriksaan mengejut di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya bagi menjamin keselamatan perlindungan diamalkan.
  • Menyelaras dan menguruskan pengeluaran kad/pas keselamatan.
  • Menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang ditetapkan oleh jawatankuasa keselamatan perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi

  • Memberi taklimat berkaitan peranan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawahnya kepada pelawat dan orang ramai.
  • Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam Jabatan dalam memberi jawapan balas kepada aduan-aduan awam yang diterima.
  • Mengadakan hubungan mesra dengan pihak media massa dan pegawai-pegawai perhubungan awam dari agensi-agensi lain serta orang ramai.
  • Mengeluarkan bahan-bahan maklumat berbentuk buletin, makalah dan brosur untuk maklumat kakitangan dan orang ramai.
  • Merekacipta konsep grafik dan menyediakan bahan-bahan grafik dan visual untuk keperluan pameran dan publisiti.
  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan percetakan, fotostat, setting dan lain-lain tugas am percetakan.

Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan

  • Memberi khidmat penyelarasan dan keurusetiaan yang berkesan kepada MAKSAK Gabungan di seluruh negara.
  • Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan MAKSAK.
  • Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta MAKSAK.
  • Mengurus Laporan dan Dokumentasi.

PUSPANITA Kebangsaan

  • Memberi khidmat penyelarasan keurusetiaan yang berkesan kepada PUSPANITA Malaysia.
  • Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan PUSPANITA
  • Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta PUSPANITA.
  • Mengurus Laporan & Dokumentasi